Sunday, 12 November 2017

ALHAMDULILLAH TREATMENT PREGNANT BERJAYA !!


Mungkin entry ni mampu memberi panduan dan rujukan bagi  wanita yang mahukan anak dan sudah lama menanti rezeki zuriat tapi belum pernah cuba berjumpa dengan pakar Gynae. Mcm-mcm faktor kdang2 buat ramai takut nak berjumpa pakar gynae. Ada yg suami xnak pergi sbb salah anggap doktor akan terus ambil sample air mani dan bagi suami mesti rasa perkara tu sgt la susah .. Sebenarnya itu selepas beberapa kali rawatan hormon dilakukan pada isteri tidak berjaya barulah doktor akan ke suami.. 

So untuk pengalaman Allyna, mmg dah ada seorang anak dan ramai yg cakap ala rileks la nnti ada la rezeki.. Ala pegi je urut sana sini ... So bukan Allyna xpercaya dengan urut semua tu dan Allyna mmg pergi jgk mengurut tapi still xde rezeki..

So Allyna fikir better pergi jumpa doktor sebab masalah dalaman ni kita xtahu apa jadi kat dalam tue..Melainkan doktor bole check, scan or buat apa2 checkup untuk mencari punca masalah...

Actually Allyna mmg target nak ada 2nd baby this year. Allyna dah stop makan ubat perancang dari awai bulan 1 lagi. Sbb yg allyna sedia maklum stop ubat perancang 6month sebelum plan pregnant. So usaha sampai la masuk bulan 9 xde rezeki .. Dan nak dijadikan mungkin rezeki Allyna masa temankan officemate Allyna pergi checkup pakar Gynae so dia ada bertanya ttg Allyna n doktor tu minta Allyna datang nanti scan dulu..

So dalam seminggu lepas tu Allyna ajak husband Allyna pergi sekali. Alhamdulillah suami xbagi apa-apa jawapan yang negative. Allyna pergi ke SP Family Clinic yang agk famous jgk skg ni di Sungai Petani. Pakar Gynae pon doktor perempuan so mmg selesa la sikit... Doktor yang mmg lemah lembut je percakapan . 

So masa scan semua doktor ckp byk ovum Allyna.. Peluang nk dapat byk bby tu ada.... Cuma masalahnya ovum Allyna semua xmatang (xcapai ukuran yg sepatutnya).. Saiz paling besar sekali pon 0.9mm sahaja. Untuk proses scan ukur saiz ovum ni, better korang prepare apa patut sbb bukan discan di perut ye tapi masuk kat dalam tuuee.. huhu




So, untuk kes Allyna doktor diagnose PCOS.. apa itu PCOS ??? So ini jawapan nyer PCOS..
korang bole baca kat link tu...

So untuk kes Allyna doktor minta Allyna datang semula untuk rawatan hormon bila first day Allyna datang period.. So untuk first visit ni, 2x scan, ubat multivitamin untuk Allyna n suami, checkup Pap Smear total RM300.00. 


Ok masa Allyna datang period haritu terus pergi jumpa doktor. Kalini just untuk ambil ubat hormon n doktor lukis satu plan untuk Allyna .. so untuk visit ni just RM50.00 sahaja.. Next 14days akan jumpa doktor untuk scan ovum dan tgk ada yg capai matang ke x. So masa Allyna pergi hari ke 14 saiz still x ok so doktor minta Allyna datang semula lagi 2 hari..



So after 16th days dari first period Allyna doktor ckp ada 1 ovum Allyna yang matang so harini doktor akan bagi suntikan HCG di perut.. huhu..
Tapi xsakit pon biasa saje... n doktor bagi 14days ubat hormon n kuatkan rahim siap dgn UPT untuk check pada 25.10.17 sekiranya bagun pagi tu xde period..

So saat yg dinantikan ...... 
Pagi 25 bagun pagi semangat lain mcm jerr nak check UPT. Dan resultnya Alhamdulillah POSITIVE !!!


So moga korang yg belum cuba pernah cuba, bole la cuba berjumpa pakar... dan semoga berjaya. mungkin pengalaman Allyna ni membantu dan mungkin ini rezeki Allyna sbb selalu 2-3cycle baru ada yg berjaya tapi Allyna hanya dengan 1x rawatan dah berjaya...dan total rawatan semua RM700.00. So xde la mahal sgt . 


Harini dah masuk 8weeks Allyna pregnant dan alhamdulillah baby sihat.. Allyna pon sihat seperti biasa. Syukur pada-MU ya Allah dengan rezeki ini...

Saturday, 21 October 2017

2 TAHUN 6 BULAN : AKAI MEK AISYA SUFFIYA

Pejam celik pejam celik Aisya dah 2tahun 6bulan.. Rasa mcm baru sgt Allyna peluk cium bau baby..
Semakin membesar dan aktif Aisya Suffiya.. Perkembangan Aisya pon not bad laa.. Dengan usia sekarang dah kenal warna, dah pandai mengira one-to-ten , satu sampai sepuluh kira ok laaa..Oppss lupa A-Z pon bole je dok nyanyi cara dia...

Fav Aisya skg ni suka susun puzzle, main masak-masak.. dia bole main puzzle tu smpai berjam-jam...
Collection Aisya rasanya ada lebih dari 10 skg ni sampai kt umah tok n wan pon kena ada jgk.. Baru-baru ni Allyna belikan dia set mini masak Tupperware suka sgt la dia hari2 dok main .Tgk gambar kat bawah ni npk berapa suka sgt dia... 


Dan paling best lani kalau nk amik gmbar sakan dah dia posing.. Besa la naluri anak dara tuee...
Siap silang kaki bagaiii... 



Skill posing silang kaki ni rasanya pengaruh dari Allyna tapi xde la ajar dia ke ape, cuma dia alert dgn apa yang Allyna buat.. Geejammm aih tgk dia posing...



Ni baru akai 2 tahun 6 bulan.. xtaw la nanti akai cmne lagi budak kecik kesayangan ibu ni...
Pastu Aisya suka mengai puyu... Kalau Aisya mengai fokus dia mengalahkan ibu tgh fokus...


Kalau makeup xpayah nak citer la... Paling suka kalau tgk pegantin. Nak cantek-cantek jerr....
"Aisya nak tawen sbb Aisya nak pakai baju pengantin" ni ayat aisya selalu ckp ibu dan abah..Alahaiii la anak ingt kawin tu pakai baju pengantin je kerr,,, hehehehe



Masa dok menulis blog ni Allyna bekerja sorang-sorang kt pejabat.

Ya Allah qindunya kt Aisya tetiba rasa lunch satg nak balik rumah mak p jenguk budak tecik ni....
bersyukur skg ni rumah dan tempat kerja dekat yaa amat... Bersyukur dengan aturan yg telah ditetapkan oleh-Nya.. Walau kita diduga cmna pon xkira la dalam apa pon, insya allah pengakhiran kita pasti akan ada manisnya... Tetiba plak teringat zaman Allyna kena berulang ke tempat kerja yg jauh, waktu tgh pregnant dulu..

Pada ibu-ibu yang berkerja thniah anda mmg ibu yang kuat dan cekal kerana masih mampu meneruskan kerjaya dan mencari rezeki untuk membantu suami dan anak-anak untuk kehidupan keluarga yang lebih stabil. Xsemua bila dah ada anak mampu bertahan untuk bekerja disebabkan faktor ssh nk tinggal anak, rasa ssh mencari pengasuh dan mcm-mcm lagi faktor. Hanya ibu yg bekerja saja memahami perasaan dan betapa letih untuk mengisi sepenuh masa waktu bekerja dan menguruskan rumah tangga.. Walau letih tapi rasa bahgia dan puas hati bagi Allyna sendiri.

Kdang2 terasa dgn statement ibu yg xbekerja .. Sperti nk ckp pergi la keje sebulan rasa dulu baru komen sbb kami ni xde orang gaji yg tolong kemas rumah basuh baju.. Kerja rumah yg korang buat tu still sama jgk kami pon kena buat sendri. Cuma kami perlu settelkan dalam masa singkat kerana 9-10 jam baki dalam 24jam sehari kami digunakan untuk bekerja.

Tetiba lari topic... huhuhu. 
xpelah dah in mood sgt kan luah jelah kat cini sbb nak luah di fb or ig ssh sbb nanti menguris perasaan orang lain ..hehe 


Monday, 15 May 2017

REZEKI YANG TIDAK DIDUGA : MOTIVASI DIRI

Jika tiada rezeki anak, 
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar. 

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik. 
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia



Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.


Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik, 
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya. 



Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari. 
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

Bersabar, bersyukur, berusaha,berdoa dan bertawakal.

Hanya dia, Allah yang maha Esa.


Sekadar perkongsian daripada ayat-ayat motivasi yang sangat deep. 

Kata-kata perangsang yang paling suka daripada dulu.Kurangkan rasa merungut dalam hidup, kurangkan rasa membandingkan diri dengan orang lain (negative), kurangkan rasa mempertikaikan nasib orang lain. InshaAllah hidup sentiasa diberkati dan rasa tenang.

#COPYPASTEIRINENADIABLOG

HAPPY BIRTHDAY : AISYA SUFFIYA TURN 2

Tetiba aktif terlajak pulak eiiikkk Allyna nk update blog....


Sekali mood tgh ada sekali nak update smpai 3-4  entry.. cuba waktu xder mood mmg jenguk blog pon xler..


Anak ibu Aisya Suffiya dah genap 2 tahun..cepat jer masa berlalu kan uoollss..Alhamdulillah, membesar dengan jayanya. Tak banyak karenah, anak yang kuat,  dan jadi adik yang baik sepanjang setahun hidup bersama ibu dan Abah..


Masa first dulu adelah Allyna buat kenduri sikit kan tapi kali ni rasa xlarat sikit so just select 1 day untuk pergi photoshot saja untuk kenangan Aisya bila besar nanti...



So location mcm biasa Allyna pilih pergi photoshot kat Gunung Jerai jelah...











Aisya Suffiya yang membawa maksud Kebahgiaan yang Suci, Tenang Yang sentiasa mementingkan Akhirat dari duniawi... Moga Aisya membesar dgn peribadi seperti namanya.. Amin..








Saturday, 13 May 2017

TAVERN IN THE PARK

TAVERN IN THE PARK @ HIN BUS DEPOT, GEORGETOWN, PENANG.





Tempat yg cool giler untuk hangout family n rilek-rileks,....
Allyna bole g tempat ni pon sbb kawan husband ajak g sana.. Almaklumlah carier dia sbgai photographer so mmg location yg best selalu geng photographer ni update sgguh..


Dah alang-alang dtg dgn photographer so dapat la jgk gambar cantek-cantek.. Thanks DanielHalis..



Meh nak cite sikit ttg tempat ni 

TAVERN IN THE PARK @ HIN BUS DEPOT, GEORGETOWN, PENANG.

It's no secret that Penang has fallen in love to start the weekend with a good brunch but with so many non-descript brunch spots available in town, attempt to sell all things to all palates (like the usual Big Breakfast and friends); Tavern In The Park's menu is a breath of fresh air. The location could not be more strategic and appropriate; housed in a wooden cottage furnished with classic tables and chairs embellished with glasses... within the artsy space of Hin Bus Depot. The entire area was well-designed, with an open-kitchen, a swing and a beautiful garden; exuding a relaxed and laid-back vibe. While the place is fully air-conditioned, it can be rather warm especially in a sultry hot afternoon.
#copypaste


So untuk kali ni kiteorg just hangout lepak-lepak, pastu tangkap gambar sikit-sikit jer... just nak bg dua budak kecik ni main jer....kesian Aisya asyik kuar xde kawan.. next time bole plan lagi kalau masing-masing ada masa... Sbb tgk dua budak kecik ni bole jr nak main same xde nak gaduh-gaduh..

Tuesday, 2 May 2017

HIPPOPO BABY SPA

This second time Aisya mai Spa.. kali ni dating bersama Boyfrenz Hensem Ahmad Dani…

Location Spa ni dalam Queensbay Mall Penang. Sgt recommended untuk ibu-ibu diluar sana yg nak bawa baby kesygan korang kesini…

 Spa ni ada pakej sekali massage and swimming tapi Allyna preferred amik pakej swimming saja sbb Aisya seorg ank yg xsuka org yg xdikenali sentuh dier….




Ni antara kemudahan yg disediakan disini….





Sgt selesa, bersih dan tenang je rasa tambah masa Allyna datang sini just family Allyna dan family Baby Ahmad Dani saje…. Sbb kiteorg pergi hari bekerja.. Kalau holiday better korang call and booking dulu sbb mmg akan full booked !!

Before Aisya swimming, staff Hippopo Spa akan warm up dulu…Once done with the warm up Aisya was stripped naked and given a  swimming diaper to wear. 

Ada 2 type of floats, the one choosen for Aisya adalah jenis neck float.











Overall mmg berpuas hati dgn servis dari Hippopo Spa dan layanan dari staff sgt memuaskan dan terlatih…. Insya Allah next time Aisya dating lagi… Kebaikan yg Allyna Nampak selepas Aisya dating ke Hippopo Spa Aisya lena lebih lama, water confident aisya pon sgt positif.. Bwk je dia g swimming pool dalam mana pon dia dh xkisah skg ni dan tak gayat lagi....

Most important, Aisya sgt enjoy semasa di Hippopo Spa..