03.03.2013
Setelah sekian lama xmeng”update” blog terasa plak QINDU nak
update…Kali ni nak share skit tentang hari bersejarah buat diri Allyna…Hari
yang merubah status Allyna menjadi PUAN, MRS, dan seorang isteri…. Nak buat
entry panjang-panjang pon terasa berat mata ni mengantuk la plak so share
sikit-sikit jadi la kan…..
03.03.2013 Alhamdulillah Allyna selamat menjadi yang halal
buat Syamsul Izal bin Zulkifli..Ternyata jodoh antara kami berdua setelah
bercintan cintun selama 5 tahun berakhir dengan ikatan PERKAHWINAN…. Syukur padamu ya ALLAH……
Selepas menunaikan solat Asar berjemaah Tuan Haji Ibrahim memulakan majlis akad
nikah dengan menyoal serba sedikit kepada Allyna dan suami perkara berkaitan
pengetahuan agama ISLAM… Serius la
memang nerbes la kan tapi syukur semuanya dipermudahkan…
Time ni muka ketaq tu masih bole disembunyikan la jgk…. Tapi
dalam hati tuhan saje yang taw.Syukur Allyna ada semangat dari kawan-kawan dan
family yang sentiasa disisi…. Thanks for all my fwenz…
Waktu kemuncak apabila lafaz ijab dan Kabul bermula…….Sapa
yang dah pernah alami akan merasai debaran yang xpernah rasa sebelum ni.. Lagi
berdebar apabila pikirkan En. Suami yang nak lafaz..................dalam hati ni xhenti-henti
berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W….”Aku
terima nikahnya NORAZLINA BINTI AZMI dengan mas kawin sebanyak RM….. tunai”……
Dan dengan sekali lafaz Alhamdulillah semuanya selesai…….
p/s : Mendoakan dia adalah jodohku sehingga hujung nyawa..
Amin
Comments
Post a Comment