SALAM 22 RAMADHAN 1434H


Salam 22 Ramadhan 1434 untuk semua umat islam di seluruh dunia....
Nak habis dah pon bulan Ramadhan untuk tahun ni kan kejap sgt Allyna rasa... bape hari je lagi kita dah nak raye... Yipppyyy !!!! Over eksited untuk beraya for the first year with my husby... *buat muko omey -omey yang tgh eksited sikit...

Sososoooo bila dah nak raye ni wajip lagi xsunat ler nak kena buat preparation kan... Baju raya la, kuih raya la, duit raya lagi la jnuh nak spend tahun ni almaklumla sedara mara dah bertambah tahun ni.... Aiiyoooo...kopak eden kopak ! Tapi xper syukur pada ilahi bila Dato' Sri Najib bagi bonus RM500 pada penjawat awam.Amin- amin.......ringan sikit bebanan perbelanjaan.. TQ Abg Najib … :))


So korang tahun ni tema warna pe ?? Allyna amik tema warna biru laut... Mood baju pegantin xhabis lagi. Entah suka sgt dgn warna biru ni sbb buat npk kita mcm sweettt jerk kan.... Pastu kuih raya majoriti beli jerk cuma buat semperit dgn tart nanas jer tahun ni.. Nak buat cmne dah xsmpat bz bebeno lol tahun ni .. Hidup merantau la katakan...... Cuma tahun ni untuk kuih raya Allyna spend lebih skit untuk family Allyna dan family my husby.. Mama mertuaku yang tercinta xbole dilupakan...

Bila ckp bab raya meriah kemain eik engko Allyna..... Tapi puasa ???? Alhamdulillah tahun ni dugaan berpuasa xde la sgt cuma awal puasa tu diserang demam+selsema+batuk+migrain+gastrik.. Amekaw !!! Setelah setahun sihat wal'afiat di bagi sakit tahap melampau ALL-in-ONE...

Jadi la dok merapu tah pe-pe Allyna oii.... dan mood raya dah mai so kat opis pon skg ni pakat gantung ketupat nasi merata-rata dan Allyna xterlepas jgk belajo nak buat ketupat..Best jgk upanyer dan berjaya belajo dalam masa 30minit dan menghasilkan 3 biji ketupat... napk gaya tahun ni bole cuba buat ketupat nasi ler........ k la cukup sudah cukup setakat ini.... 


BERLALUNYA RAMADHAN DAN MENJELANGLAH SYAWAL...... Moga kita diberi keberkatan di bulan yang mulia ini.. Sayonara...

Comments

Popular Posts