TRIP TO KRABI #FAMILYHOLIDAY

First day activity at Krabi, Thailand adalah yang ditunggu-tunggu xlain x bukan msti la Island Hopping..... Sebelum Allyna nak cite pepanjang bab Island Hopping better Allyna cite dulu tentang perjalanan dari Sungai Petani - Krabi....

 Allyna dan family bertolak dalam pukul 7.30 mlm mcmtu dari kampong Husby..... So bermula lah perjalanan yang hampir 8jam sebelum sampai ke Krabi.....

Berposing sebelum memulakan #FamilyHoliday
Actually kami plan nak singgah Hatyai dulu tapi disebabkan komitmen memasing untuk bkerja so terpaksa mulakan Our Trip agk lewat sikit... So dah lewat sgt kami xsempat la nak g shopping kt Hatyai dulu.... Kami smpai Hatyai pon bout 1.00am.. so just berhenti mengisikan perut dulu dan terus bertolak ke Krabi...Perjalanan yang sangat sunyi sepi bila semuanya dan tidur smpai xsedarkan diri... huhuhu... Cuma abah ckp mungkin kita akan smpai di Krabi dalam pukul 6.00am waktu Thailand...



Bout 4.30am kami tersedar dan bila buka mata kami dh ada kat Dataran Krabi.... Sejuk, gelap dan xada orang masa kami sampai kat citu.. So Tour Guide suggest untuk g tukar baju di tempat rehat dan mandi-mandi sebelum mulakan aktiviti Island Hopping ... Kami xterus check in sebab time Island Hopping dalam pukul 9.00pagi.. So mmg xsempat la...... bagi Allyna toilet dan tempat rehat kat sini bole bagi 4bintang jika dibandingkan dengan Malaysia.. Agk bersih dan terpelihara.... Cuma toilet diorang ni patern len sikit.. Kecik sgt bg Allyna.. Nasib la Allyna jenis mmg kecik orangnya.. Kalau yang bdn beso xbole nak bygkan cena nak nak melepaskan hajat dihati.. huhuhuu

Ape pon sebelum mulakan aktiviti, mesti makan dulu..... Bab makan serius la Allyna xpenah nak banyak komeng sepanjang kat Krabi – Phuket sbb semua sedap sgt !!! Xtawu la mungkin Tour guide Allyna mmg pandai pilih tempat makan or mmg kat sini semua kedai mkn the best punyer mengikut selera tekak kita sebagai org Melayu....


Owkeyhh....... Mulakan penceritaan tentang Island Hopping.. Pakej yang Abah pilih untuk g 4 Island antaranya Poda Island, Chicken Island, Tup Island dan Phranang Island.... Serius mmg tersangat la best 4Island ni.... Cantik sgt... !!!


This the First Island, Poda Island... Masa sampai hujan rintik-rintik..... Kami diberi masa selama sejam sebelum bot mula bergerak ke Island kedua... disebabkan terlalu tidak tahan tgk kebiruan air, Allyna terus terjun berenang-renang tanpa hiraukan hujan dan Si Husby yang setia tunggu kat tepi Pantai... hehehe...


Tudia.................
Itulah budak yang sudah tidak mengenal erti sun burn apabila bertemu dengan pantai.....


Second Island adalah Chicken Island.... dari penceritaan ''Chicken island” diambil sempena bentuk Pulau tu yang apabila sekali lihat mmg mcm kepala ayam.... xcaye cuba tgk gambar diatas ni oke.... Chicken Island ni dekat je dengan Poda Island... Lebih kurang 30minit dah sampai..... Serius treruja dengan kecantikkan air dan pemandangan dier.... Kat chicken Island ni kami dilepaskan sekiranya nak bersnorkeling..... dibekalkan dengan life jacket & google... So tunggu apa lagi mmg Allyna wajib terjun la... Kat cini bila Allyna tgk kat dasar laut serius terpukau dengan kecantikan coral & ikan-ikan dier......



Sempat berposing in long tail boat before reached to 3rd Island Tup Island.....


Here we come, Tup Island..... Masa sampai Tup Island ni serius mmg energy dah low teruk... Perut pulak mmg dah keroncong habes dah... Alhamdulillah makanan disediakan apabila tiba di Tup Island.... Tetiba Guide ckp bab makanan terus rasa berbintang - bintang keriangan muncul di mataku....


 Masya Allah....... Cantik sgt Tup Island... Indah sungguh ciptaan yang maha Esa... Serius terpukau dengan keindahan Tup Island... Pasir dia putih dan sangat haluusss...... Air dia biru sgt... Pastu yang bertambah istimewa Tup Island sbb kita boleh berjalan sehingga ke pulau yang lagi satu.. Umpama berjalan terapung di tengah lautan.... Cuma dinasihatkan apabila air berarus sedikit deras kami xdibenarkan menyeberang ke tengah.... Hampir sejam kami di Tup Island.. Allyna kembali bertenaga bila perut sudah diisi...


Pengalaman Island Hopping yang sangat berpuas hati bagi Allyna sebab dengan Pemandangan Pulau yang terlalu indah.. Makanan yang disediakan sungguh menyelerakan... Layanan yang terlalu mesra... Insya Allah mmg Allyna nak lagi join Island Hoping di Krabi....

Oke, jum kita pergi ke last destination for this Island Hoping... Phranang Island


Phranang Island merupakan sebuah Pulau yang ada sejarah yang tersendiri..... Kepercayaan mereka sekiranya mahukan seorang anak lelaki, mereka datang untuk membuat hajat di Phranang Island.... nak info lebih lanjut tentang Phranang Island bole refer kat PHR NANG HISTORY... Info dari guide mengatakan Phranang Island adalah sempena nama seorang puteri "princess goddess named Phra Nang."Phra Nang was an Indian princess who was killed in a shipwreck. In another tale, Phra Nang was the wife of a fisherman who was lost at sea. She lived out the rest of her days in the cave, awaiting her husband's return.

Lagi yang menarik tapi sedikit pelik bila ditenung sekali xnampak, kali kedua dok pikir apa benda tu, mcm pelik je... Tenung kali ke-3 terus ketawa..... hehehehe


 Kenapa ada benda pelik camni ??? Okeyh setelah di google info baru Allyna faham.....

"Fishermen and boatmen still make offerings in the form of incense and flowers to ensure a safe journey. More curious though, are the phallic symbols or lingams that are in prominence at the entrance to the cave (pictured).
Lingams are a symbol of the Hindu god Shiva and are associated with fertility and virility. In Thailand, Hindu and animist beliefs are incorporated alongside Buddhism. Over the centuries, Phra Nang cave has become associated with fertility and the lingams placed here take the form of carved wooden penises. Local folklore says that if somebody carves a wooden lingam and releases it at high tide anywhere along the Krabi coast, it will eventually end up in Phra Nang cave. "

Owkeyh.... Rasanya cukup la setakat ni untuk entry Island Hopping di Krabi.... Rasa xsabar sangat nak balik mandi selepas penat seharian mandi laut je..... Dalam pukul 4.30 mcmtu waktu Malaysia aktiviti ini berakhir.... Satu pengalaman yang xdapat dilupakan... Malamni nak round-round sekitar night market.. Eksited !! Pastu next entry for 2nd Day #FamilyHoliday at Phuket !!!

Comments

  1. Thanks for your support.... Just a simple article about my holiday trip... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts