REZEKI YANG TIDAK DIDUGA : MOTIVASI DIRI

Jika tiada rezeki anak, 
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar. 

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik. 
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia



Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.


Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik, 
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya. 



Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari. 
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

Bersabar, bersyukur, berusaha,berdoa dan bertawakal.

Hanya dia, Allah yang maha Esa.


Sekadar perkongsian daripada ayat-ayat motivasi yang sangat deep. 

Kata-kata perangsang yang paling suka daripada dulu.Kurangkan rasa merungut dalam hidup, kurangkan rasa membandingkan diri dengan orang lain (negative), kurangkan rasa mempertikaikan nasib orang lain. InshaAllah hidup sentiasa diberkati dan rasa tenang.

#COPYPASTEIRINENADIABLOG

Comments

Popular Posts