ALHAMDULILLAH TREATMENT PREGNANT BERJAYA !!


Mungkin entry ni mampu memberi panduan dan rujukan bagi  wanita yang mahukan anak dan sudah lama menanti rezeki zuriat tapi belum pernah cuba berjumpa dengan pakar Gynae. Mcm-mcm faktor kdang2 buat ramai takut nak berjumpa pakar gynae. Ada yg suami xnak pergi sbb salah anggap doktor akan terus ambil sample air mani dan bagi suami mesti rasa perkara tu sgt la susah .. Sebenarnya itu selepas beberapa kali rawatan hormon dilakukan pada isteri tidak berjaya barulah doktor akan ke suami.. 

So untuk pengalaman Allyna, mmg dah ada seorang anak dan ramai yg cakap ala rileks la nnti ada la rezeki.. Ala pegi je urut sana sini ... So bukan Allyna xpercaya dengan urut semua tu dan Allyna mmg pergi jgk mengurut tapi still xde rezeki..

So Allyna fikir better pergi jumpa doktor sebab masalah dalaman ni kita xtahu apa jadi kat dalam tue..Melainkan doktor bole check, scan or buat apa2 checkup untuk mencari punca masalah...

Actually Allyna mmg target nak ada 2nd baby this year. Allyna dah stop makan ubat perancang dari awai bulan 1 lagi. Sbb yg allyna sedia maklum stop ubat perancang 6month sebelum plan pregnant. So usaha sampai la masuk bulan 9 xde rezeki .. Dan nak dijadikan mungkin rezeki Allyna masa temankan officemate Allyna pergi checkup pakar Gynae so dia ada bertanya ttg Allyna n doktor tu minta Allyna datang nanti scan dulu..

So dalam seminggu lepas tu Allyna ajak husband Allyna pergi sekali. Alhamdulillah suami xbagi apa-apa jawapan yang negative. Allyna pergi ke SP Family Clinic yang agk famous jgk skg ni di Sungai Petani. Pakar Gynae pon doktor perempuan so mmg selesa la sikit... Doktor yang mmg lemah lembut je percakapan . 

So masa scan semua doktor ckp byk ovum Allyna.. Peluang nk dapat byk bby tu ada.... Cuma masalahnya ovum Allyna semua xmatang (xcapai ukuran yg sepatutnya).. Saiz paling besar sekali pon 0.9mm sahaja. Untuk proses scan ukur saiz ovum ni, better korang prepare apa patut sbb bukan discan di perut ye tapi masuk kat dalam tuuee.. huhu




So, untuk kes Allyna doktor diagnose PCOS.. apa itu PCOS ??? So ini jawapan nyer PCOS..
korang bole baca kat link tu...

So untuk kes Allyna doktor minta Allyna datang semula untuk rawatan hormon bila first day Allyna datang period.. So untuk first visit ni, 2x scan, ubat multivitamin untuk Allyna n suami, checkup Pap Smear total RM300.00. 


Ok masa Allyna datang period haritu terus pergi jumpa doktor. Kalini just untuk ambil ubat hormon n doktor lukis satu plan untuk Allyna .. so untuk visit ni just RM50.00 sahaja.. Next 14days akan jumpa doktor untuk scan ovum dan tgk ada yg capai matang ke x. So masa Allyna pergi hari ke 14 saiz still x ok so doktor minta Allyna datang semula lagi 2 hari..



So after 16th days dari first period Allyna doktor ckp ada 1 ovum Allyna yang matang so harini doktor akan bagi suntikan HCG di perut.. huhu..
Tapi xsakit pon biasa saje... n doktor bagi 14days ubat hormon n kuatkan rahim siap dgn UPT untuk check pada 25.10.17 sekiranya bagun pagi tu xde period..

So saat yg dinantikan ...... 
Pagi 25 bagun pagi semangat lain mcm jerr nak check UPT. Dan resultnya Alhamdulillah POSITIVE !!!


So moga korang yg belum cuba pernah cuba, bole la cuba berjumpa pakar... dan semoga berjaya. mungkin pengalaman Allyna ni membantu dan mungkin ini rezeki Allyna sbb selalu 2-3cycle baru ada yg berjaya tapi Allyna hanya dengan 1x rawatan dah berjaya...dan total rawatan semua RM700.00. So xde la mahal sgt . 


Harini dah masuk 8weeks Allyna pregnant dan alhamdulillah baby sihat.. Allyna pon sihat seperti biasa. Syukur pada-MU ya Allah dengan rezeki ini...

Comments

Post a Comment

Popular Posts