JOM KITA MEMELIHARA SILATURAHIM
Buat Sahabat Allyna
Mengeratkan silaturrahim itu ialah berbuat baik kepada sesama manusia, memberi pertolongan jika mereka memerlukan, bersikap lemah lembut, nasihat-menasihati dan menjaga perasaan mereka. Dalam hal ini, mengeratkan hubungan silaturrahim adalah perlu diutamakan kepada kaum kerabat ataupun yang ada hubungan kekeluargaan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah An-Nisaa’ ayat 1:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَآءً ۚ وَاتَّقُوا۟ اللهَ الَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
صدق الله العظيم
“Wahai manusia! Bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam Alaihi Salam), Dia (Allah) menciptakan dan daripada pasangannya Hawa, Dia (Allah) mengambang biakan daripada kedua-duanya zuriat keturunan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat. Sesungguhnya Allah adalah Maha Menguasai (Memerhati) kamu”.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara hukumnya adalah WAJIB. Manakala memutuskannya pula hukumnya adalah HARAM dan termasuklah dalam golongan orang-orang yang melakukan maksiat dan dosa besar dan tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim.
"Siapa yang ingin dilapangkan rezeki dan
dipanjangkan umur, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim."
Sebagai
contoh kisah Nabi Yusof AS yang dibenci adik-beradik tiri tetapi berkat
kesabaran dan keimanan tinggi terhadap takdir Allah SWT, akhirnya ia memberi
kemenangan kepada baginda. Kisah dari al-Quran ini boleh
memberi inspirasi kepada mukmin hari ini untuk mencari kekuatan saat melalui
ujian sikap manusia yang penuh kebencian, sakit hati dan dengki. Begitu juga ujian dilalui
Rasulullah SAW yang berdepan pelbagai tentangan dan kebencian puak jahiliah.
Namun, setiap kejahatan dan
kezaliman itu dibalas oleh Rasulullah SAW dengan kemaafan dan kesabaran tinggi.
Kemuliaan akhlak ini akan
menatijahkan keperibadian terpuji dan kemenangan abadi bukan saja di dunia,
bahkan di akhirat, iaitu tempat kekal selama-lamanya.
Moga kita dikalangan manusia yang mulia akhlaknya... Amin.
Comments
Post a Comment