DUGAAN DUNIA DAN OUR LIFE IN MAC 2020

2020 tahun yang xakan dilupakan seumur hidup....
Ketika ini satu dunia berjuang untuk pulihkan negara dari COVID-19.
Ya Allah , tgk la pada laporan kes positif COVID-19 pada ketika ini... sgt la menakutkan....



Kenapa saya buat entry ni ?? sbb nak ingatkan diri ini pada satu hari nanti..
yang kita pernah berapa dalam situasi penyakit pandemik yang diwartakan pada 18 Mac 2020..

Hari ini 7 April 2020 seluruh Malaysia diarahkan semua pejabat ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja-kerja dilaksanakan di rumah.. Cuma Allyna bekerja dibawah "KESIHATAN" dalam kategori "Essential Services" perlu bekerja mengikut pengiliran.

Sekolah dan pendidikan dilaksanakan atas talian, penjarakan sosial, restoran, kedai makan hanya take away, perhimpunan, aktiviti keagamaan, seperti solat Jumaat, kenduri kahwin, konsert dan pelancongan tidak dibenarkan, semua ini mungkin kita akan lupa bila semuanya pulih seperti biasa. Peritnya hidup waktu ini hanya Allah yang mengetahui..

Dipasaraya berlaku pembelian panik, rak sampai jadi kosong, stok mask muka pon tiada, team "frontline" bertungkus lumus bekerja siang dan malam, askar, polis, bomba adakan sekatan jalan raya.

Perdana Menteri memberi rakyat Malaysia Bantuan Prihatin Rakyat dalam Pakej Ransangan yang menyentuh hati semua rakyat Malaysia.. Penangguhan pinjaman bank sehingga 6 bulan bagi personal loan, perumahan, pinjaman loan kereta, dan macam-macam lagi.. Ketika ini disebalik rasa bersyukur, seluruh Malaysia takut.... takut nak keluar pada yang bekerja, takut nak pulang ke rumah pada yang pergi bekerja kerana risau membawa virus COVID-19 kepada keluarga mereka. Takut apa yang bakal terjadi dalam masa 6-12bulan ini... Allyna sendiri pon belum tahu apa bakal terjadi pada keluarga Allyna... Doakan kami semua dilindungi-Nya.. Amin

Mac yang mmg xakan dilupakan selama-lamanya....

3 Mac 2020
Anniversary Allyna yang ke-7.. Alhamdulillah dikurniakan pasangan yang saling melengkapi...
Tiada sambutan sbb Allyna tak sihat waktu ni... masih mendapat hadiah teristimewa kerana dijaga suami makan dan minum, dapat merap urut2 kepala hihihihi.... husband ckp tgu besday nanti claim hadiah...

6 Mac 2020
Hari Lahir Allyna disambut sederhana. Waktu ini masih tiada perintah PKP tapi kes sedang meningkat secara perlahan-lahan. Hari Lahir disambut sbb Aisya beriya nak belikan hadiah kek untuk ibu.... Terima kasih Aisya, Ian & Suami. Waktu besday pon still xberapa sihat lagi still demam on-off.




25 Mac 2020
PKP dilaksanakan.. Kesian Aisya nak belikan abah kek tapi tiada kedai kek yang buka masa awal PKP. Nak hepykan Aisya, ibu printkan Kad Ucapan Hari Lahir... Hepy Aisya sbb dpt tulis " I LOVE U ABAH" dekat kad tu...




Ni antara hari terpenting bagi Allyna dan suami setiap tahun bulan MAC.. 2020 yang mmg serba sederhana, tapi tetap bersyukur....

Tapi sepanjang PKP ni masa bersama keluarga kecil lebih panjang.. Bila Allyna turn bercuti, mcm-mcm Allyna buat dengan Aisya... Kesian Aisya & Ian bosan diorang 24jam hanya dalam rumah...




Menu masakan skrg ni pon mcm-mcm, xpernah buat kuih pon sebelumni masa PKP hebat jgk Allyna buat kuih menjadi selalu ..hihihi



Ni Doh mainan Aisya... ibu buat karipap... 



Andai selepas ini kita hidup sepertia biasa, akan lebih kami hargai Ya Allah
Nikmat keluar bekerja tanpa ada ketakutan
Nikmat menghargai kesihatan
Nikmat masa berkumpul bersama keluarga besar
Nikmat hidup bebas berjalan sini dan sana
Nikmat melihat anak-anak boleh beriadah

Moga selepas ini kita lebih menghargai nyawa dan orang-orang yang kita sayang, sentiasa BERSYUKUR, dan berterima kasih, sentiasa lakukan kebaikan antara satu sama lain, sayangi antara satu sama lain.

Comments

Popular Posts