KETIKA INI DAN SEPERTI SELALU
Ketika ini
sangat indah andai
membenam kaki di lumpur selut
bermain baling selipar bersama saudara mara dan DIA;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan
bermain baling selipar bersama saudara mara dan DIA;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan
oleh mereka yang punya darah mengalir dalam
tubuh kecil aku dan DIA
Ketika ini
terkenang kembali masa lampau aku dan DIA
tak kira walau pahit masa itu
tapi manis ketika ini
tapi manis ketika ini
terkenang tentang DIA.....
Ketika ini aku mahu DIA dekat
dekat kembali seperti dulu tapi aku hilang arah
entah mana perginya
DIA dan mereka
Ketika ini rasa ingin terus ku cari
tapi aku bukan anak jutawan yang punya harta
untuk terbang ke sana dan sini
DIA terus hilang tanpa satu cerita
semua tentang DIA
aku jadi lemah cuma doa mereka dan usaha
buat aku kembali
cuba kuat dan teguh walau hakikat
aku sudah jatuh
tiada yang pernah mengerti
walau yang berkongsi bantal
kerna semua ku simpan tersemat jauh dilubuk jiwaku
Ketika ini
hanya doa kepada DIA
tiada pernah ku berhenti moga tuhan yang lebih mengerti
memberi rahmat dan petunjuk
kepada DIA
Ketika ini
DIA tiada pernah tahu
sedalam mana kasih aku kepada DIA
sedalam mana kasih aku kepada DIA
kerna aku bukan seorang yang mampu meluahkan rasa
kasih dan cinta bila wajah DIA tepat dihadapanku
Ketika ini dan seperti selalu
DIA tetap dalam memori dan doaku sentiasa tiada putus
hanya untuk DIA
moga DIA bakal kembali
kembali seperti yang aku harapkan
aku tahu ya, DIA akan kembali
Satu hari nanti.........
Comments
Post a Comment