TEKS PENGACARA MAJLIS "CASEMIX PROJECT"


1 ) UCAPAN PROTOKOL
  • Yang Berbahagia Dato' Dr. Yasmin Binti Sulaiman, Pengarah Hospital Pulau Pinang
  • Yang kita alu-alukan Dr. Rusilawati Jaudin, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Fawzi Zaidan Ali, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, serta Pn. Faridah Najihah Salim, Pegawai Tadbir Rekod Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat Datang ke Hospital Pulau Pinang kami ucapkan.
  • Yang saya hormati, Dato'2, Datin2, Pakar2, Dr.2, Tuan2 dan puan2 , hadirin sekalian.

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebelum memulakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi bagi memberkati majils ini ..... Justeru,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik. Fadzil Bin Ariffin untuk memimpin bacaan doa....Dipersilakan..

Amin ya rabbal alamin.. 
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik. Fadzil Bin Ariffin di atas bacaan doa itu tadi.

2) UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH HOSPITAL 

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Dato' Dr. Yasmin Binti Sulaiman untuk memberikan kata-kata aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Y Yang Berbahagia Dato' Dr. Yasmin Binti Sulaiman dengan ucapan beliau sebentar tadi.....

3) UCAPAN OLEH WAKIL BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN, KKM 

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Dr. Rusilawati Jaudin, selaku Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberikan ucapan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Rusilawati Jaudin dengan ucapan beliau sebentar tadi.....

 
4)TAKLIMAT 1 : OVERVIEW OF CASEMIX SYSTEM

Untuk makluman para hadirin sekalian, Objektif Taklimat Kesedaran “AWARENESS” Pelaksanaan Perluasan Sistem “CASEMIX” MalaysianDRG adalah sebahagian daripada pendedahan dan pengetahuan kepada warga kerja hospital Pulau Pinang mengenai sistem “CASEMIX” dan kepentingan perlaksanaannya di setiap hospital – hospital kerajaan yang akan dimulakan pada penghujung tahun 2013.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan 

Nama : Dr. Fawzi Zaidan Ali 
Selaku : Ketua Penolong Pengarah (Kanan) 
Daripada : Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 
Untuk menyampaikan taklimat beliau yang bertajuk “OVERVIEW of CASEMIX SYSTEM”. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada 
Nama : Dr. Fawzi Zaidan Ali

di atas penyampaian taklimat beliau sebentar tadi.. 

5) TAKLIMAT 2 : DEMONSTRATION ON APPLICATION OF CASEMIX SYSTEM

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan 
Nama : Pn. Faridah Najihah Salim 
Selaku : Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) 
Daripada : Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk menyampaikan taklimat beliau yang bertajuk ''Demostration on Application of Casemix System”. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada 
Nama : Pn. Faridah Najihah Salim

di atas penyampaian taklimat beliau sebentar tadi..

6) TAKLIMAT 3 : BENEFIT REALIZATION OF CASEMIX SYSTEM

Seterusnya Majlis menjemput 
Nama : Dr. Rusilawati Jaudin 
Selaku : Ketua Penolong Pengarah (Kanan) 
Daripada : Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 
Untuk menyampaikan taklimat beliau yang bertajuk “Benefit Realization of Casemix System”. Dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Nama : Dr. Rusilawati Jaudin 
Di atas penyampaian taklimat beliau sebentar tadi..

7) PENYERAHAN ''BUNTING'' PELAKSANAAN PERLUASAN SISTEM CASEMIX KEPADA PENGARAH HOSPITAL, HPP

Selesai sudah “Taklimat Kesedaran “AWARENESS” Pelaksanaan Perluasan Sistem “CASEMIX” MalaysianDRG kita pada hari ini. Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Dr. Rusilawati Jaudin selaku Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk acara penyerahan “BUNTING” Pelaksanaan Perluasan Sistem Casemix diiringi Puan Noor Banun Binti Shuib selaku Penolong Pegawai Tadbir (Kanan) Rekod Perubatan Hospital Pulau Pinang. Dipersilakan.....

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dato' Dr. Yasmin Binti Sulaiman selaku Pengarah Hospital Pulau Pinang diiringi En. Omar Bin Syed Abu Tahir, selaku Ketua Jabatan Rekod Perubatan Hospital Pulau Pinang untuk naik ke pentas. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan...

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan cenderahati sebagai tanda penghargaan dari pihak Hospital Pulau Pinang...

Terima kasih diucapkan.

    Madah diungkap santun bicara  
    Pantun dilantun mengusik hati  
    Salah dan silap tutur bicara  
    Pohon diampun seikhlas hati
8) PENUTUP

Saya selaku wakil pihak penganjur, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya sendiri. Sebelum bersurai, para jemputan dijemput untuk menjamu selera yang telah disediakan. Lagi sekali, selaku wakil Hospital Pulau Pinang, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia meluangkan masa dan perkongsian maklumat pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts