2ND DAY KUNDASANG (ANNIVERSARY)

Hi good morning, uoolllsss..... Pagi di Kundasang mmg rasa tersangat la awesome !!! sejuk, cantik, damai, fresh dan mcm-mcm la... Pagi ni pukul 8 Allyna dah siap sedia packing barang untuk mulakan hari ke-2 disini.... lepas je breakfast kat Kinabalu Pine Resort, check-out dan ready for trip untuk harini.. For ur information, booking resort include dinner set & breakfast hokayyy....

  So Before check-out wajib la posing dulu.... Nasib Allyna sgt baik, bila cuaca oke pagi ni.. So mmg bole napak puncak Gunung Kinabalu yang bagi Allyna sgt la pemalu... Bukan pe ssh sgt nak tgk oke ..Sgt indah pemandangan Puncak Gunung Kinabalu.....






So first location for today, Allyna nak g Poring Hot Spring..Perjalanan memakan masa around 45minit utk sampai kesana..ticket masuk Rm3 .. Kat sini just menarik if korang nak mandi air panas..Still sama perjalanan just terus je.... Pastu kat sini bukan setakat ada kolam air panas, tapi ada canopy walk, butterfly garden, air terjun dan gua kelawar.. Allyna just jejalan je sbb ligan masa untuk ke tempat lain lagi.. Kat sini memang meriah dengan orang ramai yang datang dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing untuk mandi air panas. Kalau korang nak privasi, bolehlah bayar dalam RM15 – RM20 sejam untuk bilik tertutup. 
Sangat selesa dan syiok..!




 Anyway, perjalanan nak ke pondok untuk memulakan 'canopy walk' tu mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.

Sabah Tea selepas pergi hot spring pon oke... Still jalan sama Cuma simpang nak ke Sabah Tea dengan Poring Hot Spring berlainan.. Simpang ke Poring Hot Spring sebelah kiri dan simpang ke Sabah Tea sebelah kiri... So kalau korang nak ke Sabah Tea kena kua balik dari simpang tu oke.... Tapi tempat Sabah Tea ni lebih kepada korang untuk menikmati Tea di atas bukit... Pemandangan bole la, Cameron Highland best lagi.. Dan jalan sgt la teruk..... huhuhu



Lokasi yang wajib datang sebab kat Semenanjung Allyna kurang pasti la katne korang bole dapat pengalaman ni... Kat Sungai Tagal ni lokasi dia atas sikit je dari Sabah tea, mmg korang kua je simpang dari Sabah Tea naik sikit je dah bole napk simpang ke Sungai Tagal... Kat sini korang bole bermain dengak ikan kelah.. Raja Sungai.... Waahhh.. Allyna sgt suka ngan pengalaman ni... 





Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terkenal dengan fish massage. Tempat ini di Ranau juga, lebih kurang 15 minit dari Poring Hot Spring. Bayaran masuk adalah RM5.00 seorang untuk di’massage’ selama 20 minit. Mula-mula tu ada gak rasa takut / geli nak kena ‘urut’ ni tapi lama-lama tu baru rasa enjoy.





So, mmg last lokasi paling jauh di Kundasang adalah sungai Tagal, If  korang masa patah balik ke Kundasang bole la nak singgah lagi ke Desa Dairy Farm (DDF) a.k.a New Zealand Malaysia.Kalau timing baik, boleh tengok sekali proses perahan susu lembu (selalunya jam 3.00 petang), dan jika cuaca sangat baik, viewnya adalah sangattttt New Zealand, feeling2 drama Dejavu Kinabalu juga!! Hahaha..


#Tips : Keadaan angin di sini bukan sepoi-sepoi bahasa tau, tapi…derasnya sehingga boleh menutup pintu kereta! Tapi memang nyaman sekali sebab udara yang sangat fresh!!!

Pastu xterlepas untuk singgah di War Memorial Park... Paling menarik tgk orang bermain golf diatas bukit betul-betul depan dengan War Memorial Park.... Tempat yang menarik untuk berposing... Xcaye cuba korang tgk... So berseni.. huhuhuhu




Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu, sila-silakan singgah di Pekan Kundasng semula, sekitarnya ada gerai-gerai menjual sayur-sayuran yang sangat segar, crispy dan manis. Memang lain rasanya dari sayur kat pasar biasa! Huhu! Cuba-cuba juga cari Buah Tarap kat Kundasang. Orang kata sedap. Ala-ala rasa durian + cempedak / nangka

 
Sebelum ke Kota Kinabalu, Allyna sempat singgah Rumah Terbalik.... Sbb first day dah terlepas, so mmg kena jgk g untuk harini.... Tempat yang menarik.. Cuma sodeh la jgk sbb xbole ambik gambar masa masuk Rumah Terbalik... Just ambil gambar kat luar je.... Pastu Allyna lunch kat restoran Rumah Terbalik.. mmg terbaik !!! Coz makanan dier mmg sedap giler.... Dan lokasi yang dipilih oke Jalan-Jalan Cari Makan TV3....






Masa kat KK, Allyna stay kat De Galleria.. Betul-betul depan dengan Pasar Malam Kampung Air.. So mmg masa Allyna sampai peniaga pasar malam dah mula nak buka khemah dan kemas2 apa yang patut sebab nak mulakan perniagaan mereka.. 2-3 hari sebelum Allyna fly, Allyna baca kat forum cakap hotel ni dekat nga pasar malam dan susah kalau nak parking waktu petang dan malam time diorang berniaga..Allyna book untuk 2 malam melalui agoda.com.


Lepas berehat di hotel malam tu, Allyna just jalan kaki ke Pasar Filipina untuk menikmati seafood yang sangat terbaik... OK nak kasi tips shopping skit..memang location dia betul2 sebelah/belakang pasar filipine tu.. Allyna makan lobster, udang besar, udang lipan, sotong masak tepung, nasi putih 2, air fresh orange total RM128.00 saje.. Kat semenanjung ???




 Wajip RM500.00 aper kan ??.. Sgt murah dan puas hati.. Btw, pilih kedai yang elok oke sbb ade blogger ckp diorang kena food poisoning... dan make sure masa order, terus tanya harga berapa dan boleh tawar2.. kalau tak memang kena 'pancung'...hehehe...  



Tips shopping di Pasar Filipina dan Pasar Malam Kampung Air : 

1.      Pasar Filipine - Sedikit mahal, pearl ori tapi memang banyak choice.. rambang mata.. 

2. Pasar malam kampung air - murah dan pearl ori.. aku banyak borong kat sini gak..

So lepas penat sgt berjalan dan shopping sakan, time to rehatkan diri.. Puas hati untuk trip for second day coz sampai semua tempat yang Allyna plan.... Dan serius orang kat sabah semua terbaik, ramah... Tanya je if korang xtawu nak g memana..... So next entry Island Hoping di Jesselton Point and makan lokan... 

Bye2.... ^_^

Comments

  1. hi.. Nak tanya ok ke duduk di De Galleria Hotel? n mcm mana u request utk bedroom surprise for anniversary? how much dia charge? i nak pg for anniversary gateway jgk.. harap boleh membantu.. tq/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry coz lambat reply coz dah lama Allyna xsempat nak jenguk blog ni dear.... yup stay De Galleria for last day coz before balik mmg Allyna pilih lokasi tu sbb dekat dengan Pasar Filipine n tempat makanan laut.. just berjalan je ke sana.. Allyna booked by Agoda.com... xde la terbaik but still oke stay citu coz dekat dengan semua tempat je.. surprise i buat kat Pine Resort.. just booking by phone n bank in the payment...charge bergantung pada request ue nak cena...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts