3RD DAY KOTA KINABALU (ISLAND HOPING & MAKAN LOKAN)
Kalau datang KK of coz la last day selalu pelancong akan joint Island Hopping.. So check point dier kat Jesselton Point... Just tanya kat reception hotel pon diorang bole gtau dah jalan nak kesana... Dekat je.. dalam 15minit sampai.. Insya Allah...
Island Hopping kat sini korang ada 3lokasi untuk korang g iaitu ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kos dia dalam RM25 seorang + caj untuk goggle mask dan life jacket dalam RM5 per item + service tax + bayaran masuk ke pulau. Tak hingat la bape hengget.. Air laut di pulau-pulau kat Sabah ni memang cantik. Kalah Krabi :p
#Tips : Bawa beg kalis air untuk simpan barang berharga yang perlu dibawa mandi sama-sama. Penting ni!
Allyna just ambil pakej Pulau Sapi je... Sebab budget masa sampai pukul 2paling lambat coz nak ligan masa untuk ambil Flight nanti.... Lagipun Pulau Manukan just untuk bersiar-siar je dan ambil gambar.... So disebabkan kegian'an Allyna untuk bersnorkeling, Pulau Sapi adalah pilihan yang terbaik !!!
Akhir sekali, sebelum pulangkan kereta sewa, dan berlepas pulang ke Semenanjung, perkara paling best ialah, shopping di Pasar Filipina dan juga Pasar Ikan Masin disebelahnya yang terletak di tengah-tengah bandar KKLast shopping barang untuk orang di Semenanjung......
Barangan di sini macam sama juga di Pasar Malam Kampung Air, mutiara, kain batik, barang perhiasan kerang-kerangan, mutiara, kraftangan, baju tshirt, dam macam-macam lagi. Jika anda pernah datang sekali ke sini dan kenal dengan salah seorang peniaga di sini, jangan lupa untuk bersikap ramah dan meminta nombor telefon beliau, mana tahu bila datang lagi boleh dapat diskaun lagi…sebabnya minta nombor telefon? Peniaga-peniaga dalam pasar itu akan buat rotation lokasi kiosk masing-masing dalam masa 1-2 bulan sekali. Strategi dan adil katanya! Hahaha! Apa-apa je lah!
#Last Tips : Sila pastikan anda bukan berhati lembut untuk tawar menawar di kedua-dua pasar ini. Hahaha. Kelebihan memujuk dan merajuk adalah sangat berkesan, kecuali jika musim cuti/pelancong yang pack — memang bo-layan lah korang merajuk ke apa, ada diorang kisah??! Ahaha..
So lepas je Island Hoping, flight Allyna pukul 7:00mlm... So byk lagi masa..... Allyna dan Husby decide untuk try Lokan
Bakar... Serius sedap gilerr... Senang je jalan kat sabah ni ..KK, hanya ambil
masa 20-25 minit. nama tempat ni Jalan Sulaman. landmark dia politeknik KK.
Dari politeknik tu, ke depan lagi sampai nampak roundabout dan masuk kiri... Kat sini korang bole pilih sendiri korang nak
lokan saiz ape, pastu ade air kelapa bakar.. Harga pon berpatutan...
Lepas je mkan, terus bertolak ke Airport..... Menantikan masa untuk pulang... Sedihnyeee... Allyna akan datang lagi Sabah... Sbb tempat yang menarik, pastu jimat.. Kos xbyk sbb nak masuk satu tempat xsampai RM10.00 pon hokay.... So korang yang tingin nak ke KK - Kundasang, digalakkan datang oke....
So tamat suda cite Anniversary 1st Year kat KK - Kundasang... apa pon bersyukur apa yang Allyna plan semuanya berjalan lancar.. Kami selamat pergi dan selamat pulang... Satu pengalaman baru dalam diary hidup kami berdua.... Hadiah anniversary yang sangat bermakna... Doakan kebahgiaan kami berdua untuk selamanya.... Amin...
allyna..tq for sharing your trip..awak di kk tu sewa kete untuk brape hari ye..saya akan pergi kk 3/4 sampai 6/4 ni..ingat sabtu tu nak sewa kete ke kundasang..mne berbaloi sewa kete sehari then esoknye jalan2 naik teksi or sewa untuk dua hari. tq ye
ReplyDeleteThanks Allayna... menarik Insaa Allah kami sekeluarga akan ke KK pada 6/1/2016-10/12016.
ReplyDeleteHai allyna..best dgr story u..nk tnye la..pasar2 yg disebut diatas dorg start pukul bpe?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak. Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.
www.facebook.com/tkbayurentcar
Salam,
ReplyDeleteKami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak. Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.
www.facebook.com/tkbayurentcar