CINTA DAN PERKAHWINAN




Cinta dan perkahwinan berkait rapat seperti kiambang berpaut dalam membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta.

Di masa lalu, pasangan bernikah dahulu baharu bercinta.
Keluarga atau sanak saudara yang biasanya mengukur budi bicara pasangan yang hendak dijodohkan mereka. Akan tetapi kini pasangan yang memiilih jodoh mereka sendiri. Dengan ini, waktu bercinta adalah masa di mana pasangan boleh mengukur kejujuran dan keikhlasan diri masing-masing.

Akan tetapi berkenalan dan bercinta sebelum perkahwinan bukanlah satu jaminan pasangan dapat mengenali hati budi masing-masing. Ini disebabkan semasa berkenalan, pasangan biasanya hanya mempamerkan kebaikan diri dan merahasiakan keaiban diri.

Cinta dan perkahwinan dianggap perlu dalam kehidupan berumahtangga. Cinta adalah satu perasaan halus yang cukup murni lagi indah, yang tumbuh dalam jiwa yang dianugerahkan Allah s.w.t. pada setiap insan. Ia melahirkan tindakkan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksananaan terutama dalam membuat keputusan berhubung insan yang amat dicintai.

...apabila cinta diwujudkan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang penuh kebahagiaan

Jesteru itu, apabila cinta diwujudkan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang penuh kebahagiaan. Dengan lain kata, tanpa cinta bererti pengorbanan tidak hadir untuk memayung mereka tatkala mahligai dipukul badai.

Maka, indah dan nikmatnya sebuah perkahwinan hanya akan dirasai seandainya berasaskan cinta pada yang Esa. Saling cinta mencintai, akan membuat pasangan makin hampir pada Allah s.w.t... Inilah suatu cinta yang ulung, yang hanya mampu dimiliki oleh mereka yang bercinta kerana mencari cintaNya.

Pendekata, semakin kita mencintai, semakin kita cinta pada Allah s.w.t. Ini kerana sinaran cinta akan mendorong seseorang bertindak ikhlas. Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas pula akan menjadikan pemiliknya bertambah matang dan berperibadian mulia.

Renungilah sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah."


Written by lizayasir

Comments

Popular Posts