PERKEMBANGAN AISYA DI USIA 4 TAHUN


2019 dah hampir ke penghujung. Kejap je masa berlalu…

Rasa baru je buat keputusan untuk hantar Aisya untuk percubaan bersekolah.. Masa awal buat keputusan ni mcm-mcm jgk la tentangan yg Allyna terima. Tapi Allyna bukan letak target untuk Aisya pergi skol untuk belajar sampai pandai… Untuk 4 tahun just Allyna target cukup sekadar Aisya pandai uruskan diri tanpa bantuan ibu/abah, pandai bergaul dgn kwn2, itu jer sebenarnya.


First day Aisya.. masa ni ibu yang nerbesss lebih tkt Aisya xpandai sesuaikan diri... Tapi Aisya tersenyum ja walau ibu cakap ibu nak balik ni.... 


Video first day Allyna hantar dan ambil Aisya...



Bab pembelajaran pon Allyna bukan serahkan 100%  tanggungjawab kepada cikgu.. Mmg kat rumah Allyna sentiasa ajar Aisya berulang-ulang kali benda yg sama.

Bila flashback balik first day Aisya masuk skol dgn hasil setahun Aisya pergi skol mmg nampak byk sgt perubahan.. Allyna xde basic untuk ajar Pendidikan awal kanak-kanak so bila hantar ke KEMAS membantu jgk untuk Aisya start menulis. Rupanya perlu lembutkan jari dulu dgn mcm2 teknik untuk membantu diorang start menulis.. So first perubahan Allyna Nampak Aisya pandai pgg pensil. Cara pgg pon xberubah mcm selalu Allyna tgk.







Kemudian Aisya ni biasa la tok yang jaga so mkn bersuap je. Kat rumah pon Allyna suka suapkan sbb bila makan sendiri Ya Allah tahap lambat dia tu mmg xboleh nak bawak runding. Rupanya xbgus apa yang Allyna buat ni, penting untuk biar diorang belajar makan sendiri. So berguna ilmu ni untuk Allyna start dari awal dekat Adryan. Alhamdulillah Adryan di usia setahun mmg dia mula makan sendiri dgn sudu/garfu dan jgk tgn. Allyna dah xkisah nak berterabur ke makanan biasalah untuk diorang belajar. So perubahan kedua bila hantar ke skol sekarang Aisya mmg dh pandai berdikari makan sendiri so xde la Allyna risaukan Aisya untuk next year nak hantar ke Pra Sekolah.

Ttg ilmu bersosial, Alhamdulillah Aisya sgt positive…. Dia seorang yang lembut hati dgn kawan-kawan, matang dari usia yang boleh mengalah dengan kanak-kanak lain. Xpenah la Aisya berebut-rebut atau memberontak tanpa sebab. Sbb xsemua kanak-kanak ada “social skill” so pentingnya bagi diorang bergaul dgn kanak-kanak sebaya. Sbb tu sorry to say Allyna xberapa support home school sbb apa yang Allyna perhatikan sesetengah kanak-kanak home school ni mmg diorang xde social skill dan bila ada aktiviti dgn kanak-kanak lain diorang mudah “tantrum”, menyendiri dan xberani untuk tonjolkan diri. Ini pendapat personal Allyna ok, bergantung pada pendapat & parenting skill masing-masing ok..

So setahun pengalaman Aisya bersekolah, alhamdulillah ABC mmg Aisya kuasai sampai dia la ketua untuk bacaan ABC kat skol, untuk Numbering Allyna hantar Aisya ke KUMON itupon sbb saja try hantar masa free trial class xsangka Aisya enjoy so continue la sampai sekarang. Nanti Allyna buat entry ttg KUMON mmg recommended sgt !!


Untuk bacaan pon Aisya kuasai 2 suku kata. Dah boleh mengeja 2 suku kata... Untuk “Alif Ba Ta” Aisya boleh sampai “Ghim” Saja hahahahaha. Xpe next year ibu ada target untuk Aisya capai ttg mengaji & solat.




Allyna xsangka diusia 4 tahun Aisya mampu capai semua ni.. Sbb mcm yang Allyna ckp awal tadi target just untuk dedahkan Aisya untuk bergaul, uruskan diri itu sahaja. Dan xletakkan target yang tinggi untuk cikgu Aisya semua Allyna yang byk ajarkan kat rumah.

So masa Allyna buat entry ni, 2hari sebelum hari last Aisya di skol.. Sedih hati ni bila malam-malam Aisya berulang-ulang ckp dia xjumpa kawan-kawan dah lepas ni. Tahun depan Aisya akan p skol lain, sbb tmpt Aisya tu akan ditutup sbb xramai pelajar. So sempena last day cikgu Aisya buat jamuan sikit dekat diorang so Allyna belikan kek untuk kawan-kawan Aisya. Hepy Aisya sambil ckp masa pagi tadi sampai skol “Aisya beli kek, nanti kita makan sama-sama, kek Aisya besaqqqq “




Bertambah hepy semalam ibu ajak Aisya buat reben hadiah untuk cikgu Aisya.. Sebagai menghargai jasa cikgu menjaga & mendidik Aisya.




Ibu bersyukur melahirkan anak sebaik Aisya..
Anak sulung ibu yang mendidik ibu cara untuk menjadi ibu yang terbaik.
Anak yang memberi peluang untuk ibu baiki kelemahan semasa mendidik Aisya
dan menjadi yang lebih baik kepada adik-adik Aisya selepas ini.
Ibu simpan sini gambar konvo Aisya &
gambar Aisya dgn kawan-kawan &
cikgu Aisya sebagai kenangan.

Moga tahun depan Aisya mendapat lebih banyak ilmu/pengalaman yang baik-baik.
Diusia 5 tahun moga ibu mampu didik Aisya untuk mampu membaca, didik Aisya kuasai solat yang sempurna dan mengaji Qiraati.. Amin. Syukur target tahun 2019 untuk Aisya pandai mengeja tercapaiii .
yeayhhhh thniah pada diri ini …

Comments

Popular Posts