SHORT VACAY CAMERON HIGHLAND
2019 tahun yg rasa cpt sgt berlalu..sedar xsedar dah masuk
hujung bulan Oktober dah….. lagi rasa cpt masa berlalu bila dok melayan kerenah
Adryan yang makin banyak akainyerr..
So sempena hero kecik pon dah boleh kaki, dah paham sikit
bila ibu angkat jari tanda ‘warning’, ibu hyaaiippp so rasa sesuai la nak p
holiday…So last minute jgk la plan p Cameron Highland sbb Aisya pon asyik tanya
mcmna la Cameron Highland sbb dgr kengkawan dia bercerita.. Cian anak ibu last
datang pon masa tu Aisya dalam perut ibu lagiii..
So perjalanan Allyna & family bermula Hari Jumaat lepas
Subuh… Anak-anak mmg Allyna xkejutkan, angkat bg diorang tidur ja dalam keta
sbb boleh la aman seketika masa perjalanan.. hihihi..
So Allyna sampai ke Cameron Highland jam 10.00pagi.. Allyna
ikut jalan Simpang Pulai… sbb kesiankan anak-anak yg masih tidur, terlepas la
setiap R&R yang dirancangkan untuk berhenti mandikan diorang.. So terus
pergi ke Apartment untuk check-in… Alhamdulillah dikenakan RM30.00 tambahan sbb
check-in awal…. Janji boleh check-in sahaja nak siapkan 2ketoi budak kecik ni
kalau x jenuh la nak cari tempat nak mandikan diorang …
Cuaca mmg sejukkkk sgt walau jam 12.00tengahari… lpas
mandikan diorang, siap comel-comel kami berehat kejap kat apartment sambal
seduttt udara yang segarrrr… Adryan la paling aktif sekali , panjat sana sini
hepy dia dapat makan angin… Lupa plak nak ckp Allyna stay kat Woodz Golden Hill
mmg betul-betul depan tapak Pasar Malam Brinchang. So xsusah hati dah nak beli
makan untuk malamni, xperlu pikir nak parking keta dll, jalan je turun bawah …
LAVENDER GARDEN
So kami plan nak mulakan dgn pergi ke Lavender Garden dulu..
Jarak dari Apartment Allyna dalam 11km… Sbb masa still awal lagi, jalan pon
xstrt jem lagi so mmg nak pergi ke citu dulu…. So nanti baru Allyna bergerak
naik ke atas semula. So mmg perjalanan turun semula untuk ke Lavender Garden
mmg tgk kereta bergerak slow arah untuk naik semula. Time ni mmg semua orang
baru sampai nak check in… Arah Allyna bergerak Alhamdulillah smooth saja…
Paling banyak gambar kat sini la… Fee untuk dewasa RM10.00 ,
Aisya & Adryan F.O.C.
Elok masuk je membodek dah Aisya nak ice-cream Lavender….
Serius 50-50 jgk la nak beli takut rasa mcm makan perfume. Aisya yang first mkn
dulu, dia ckp sedappp.. So ibu pon try la jgk.. Mmg ade rasa mcm mnyk wangi
tapi dia creamy sikit, sedappp la jgk.. Kira sampai habis la ice-cream tu we
all mkn…
Tempat yang sgt cantik, dgn wrna lavender yang mmg lawa sgt,
jalan naik atas sikit ade taman daisy, pastu ade mcm castle untuk budak-budak
bermain… Mmg sesuai sgt untuk bawak anak-anak ke sini….
So pada yang nak datang mmg sesuai datang awal sikit or
lewat ptg sbb kurang sikit pengunjung dan boleh la bebas sikit nak bergambar…
EE FENG GU BEE FARM
Aisya asyik mintak nak tgk lebah je.. heran sungguh apa
yang menarik pon xtaw la… So Allyna singgah sini tapi syg hujan lebat xdpt nak
turun ke bawah… Jenuh pujuk jgk la budak ni esk kalau xhujan singgah ke sini
lagi.. Simpan sini nanti boleh jadi panduan.. hehe.. Lokasi Bee Farm dari
Lavender Garden 5.3km (10minit)..
THE SHEEP SANCTUARY, Kea farm, Brinchang
Next destinasi adalah Sheep Santuary… 650 meter dari EE FENG
GU BEE FARM… Masa parking cuaca ok… Elok sampai ke ladang kambing biri-biri
hujan pulak turun… So Allyna bersantai kejap kat café sambil mkn ice-cream
strawberry yang mmg sedappp sgt !!
Serius recommended sgt untuk uolls cuba.. So dalam 10 minit
hujan berhenti, terus bawak budak2 ni pergi tgk kambing biri-biri… bau dia jgn
nak citer la mmg bau kambing laaa hehehe.. Aisya ni mmg suka sgt dgn haiwan.
Adryan awai u nangis jgk sbb takut pastu bila ibu dukung ok la dia hepy.
KEA FARM
So lepas ke The Sheep Sanctuary, kami shopping dulu untuk
mkn malamni.. Apa korang nak beli semua ada je kat cini, strawberry mmg boleh
je ikut keinginan uolls.. yang nak murah giler pon ader, yang nak besaq2 pon
ada, merah sampai npk gelap sikit pon ada… bergntung pada bajet & kepuasan
masing-masing. Allyna mmg beli yg besaq yg mmg manis untuk mlmni nk makan dgn
coklat… mmg my fav !!
Harini kat Kea Farm just beli untuk mkn malamni saja dulu,
untuk buah tangan esk before balik boleh singgah dulu untuk beli.. Fresh la
sikit kan..
PASAR MALAM BRINCHANG,
Jarak dari Kea Farm 6.2km lebih kurang 12 minit perjalanan.
So settle beli stock mkn malam yg fresh antaranya strawberry, jagung, ubi, kami
decide untuk balik ke Apartment. Cukup untuk harini.. Ikutkan byk tmpt yang x p
lagi antaranya ladang teh tapi apakan daya cuaca hujan on-off saja, jalan jem
pon boleh la tahan kesian pulak bila fikir ke anak-anak so kalau ada rezeki esk
before balik bole pergi lokasi yang xsempat pergi untuk harini.
Disebabkan lokasi Apartment mmg betul-betul depan dgn tapak
pasar malam, mmg berkobar-kobar la semangat nak pergi pasar malam. Selesai
rehatkan diri, tapi rehat kejap je sbb husband mmg xsabar-sabar nak turun,
lapar sgt2 dah katanyer… Kami teruskan langkah demi langkah ke pasar malam.
Mmg orang ramai sungguh laaa…. Menu jgn citer la mcm2… Menu
wajib kami mesti la nasi.. So Allyna beli nasi ayam untuk anak2, nasi lemak
ayam untuk Allyna, nasi goreng ayam yang husband. Pastu aisya tertarik
pulak tgk doriyaki yang tembam-tembam ibu beli 3bijik kat Aisya dgn harga
RM2/pce.
Sakit pulak hati kiter bila tgk harga tea Bharat Group
murah2 kat cini.. Allyna dah beli masa kat EE FENG GU BEE FARM mmg harga dia
mahai la dari harga kat pasar malamni.. huhuhu
So aktiviti di malam hari, just makan dan berehat sambal menikmati
strawberry dan coklat…
Habis sekilo jgk la buah strawberry dekat Aisya sorang
sampai ke pukul 3pagi dia still makan non-stop…
2nd DAY CAMERON HIGHLAND
200SEEDS CAFÉ (ABANG STRAWBERRY)
Hari terakhir kami disini… Hujan lagi meriah dari kelmarin…
So selesai berkemas, check-out dalam pukul 10.00am, kami decide untuk breakfast
di 200Seeds Café (Abang Strawberry) nak try menu viral diorang nasi lemak sambal
strawberry. Dengar dan first time nak try rasa pelik, tapi ok jer bagi Allyna..
Sedap ! lagipun sambal dia pedas jgk so mmg memenuhi citarasa tekak Allyna ni…
Lokasi 2.1km dari Golden Hill selama 7minit jer perjalanan.
Allyna try jgk dia punya scone pon sedappp jgk…. Btw dok
menaip ni terjumpa 1 blog rupanya abg strawberry ni ade jual product dia
sendiri.. Serius xtahu kalau x mmg Allyna beli dah… Sbb boleh je nak bg mak
ayah try sambal strawberry dia kan… nak ajak diorang mai entah bila la baru nak
boleh bawak.. Susah sgt la terutama ayah mmg teramat susah nak ajak jalan..
So selesai mkn, keliling kawasan café ni banyak ladang
strawberry untuk korang petik sendiri.. Semuanya kepunyaan orang melayu.. So
boleh la korang pilih yang mana korang berkenan di hati.. Aisya ajak jgk tapi
memandangkan Adryan pon aktif 1 macam sooooo ibu ckp Aisya nanti kita mai lain
ok kita petik buah strawberry.. Nasib la Aisya ni jenis ok jer, kalau kita bagi
alasan yang dia rasa boleh terima. Cuma amik jgk la gambar tgh2 ladang strawberry ni ....
So terus Allyna n husband bergerak ke Kea
Farm untuk shopping buah tangan untuk family & kengkawan… Harini hujan pon
meriah, orang lagi la meriah.. jem mmg xdapat nak diceritakan.
Sempat repeat lagi 1kali ice-cream yang superb sedappp ni
before balik…
Perjalanan pulang tgk jgk la Avant Chocolate Cameron
Higlands, memandangkan anak-anak pon dah tidur, ibu terpaksa batalkan hasrat
untuk singgah walaupon sekadar bergambar…Next time nak pergi semua tempat yang
xdapat p… Ibu nak sgt p ladang tea…
So selesailah percutian yang last minute kami plan dan
alhamdulillah selamat pergi dan selamat dahh kami pulang.. Simpan sini untuk
kenangan….
Comments
Post a Comment