DIARIHATIKU



Persoalan terus menjadi persoalan… Bila memandang seraut wajah yang sudah dimamah usia itu , seperti mengukir seribu rasa kepahitan dalam hidupnya… Aku Cuma mampu melihat dan cuba mengukir senyumannya dengan harapan mampu mengubat luka dihatinya..Luka dan rasa kesal seorang ibu pada anaknya…. Disaat ibu dan bapa yang sudah berusia, mengharapkan menumpang kasih dan sayang dari anak-anak bukan niat mereka untuk mendapat sepenuh kasih sayang seperti mana yang penah mereka curahkan pada anak itu semasa kecil sehingga dewasa..Bukan niat mereka mahu mengungkit kesusahan membesar, mendidik, memberi segalanya pada anak itu namun sebagai seorang anak kita harus mengenang jasa baik mereka….. Hampir setahun mereka menanti dan menanti..Aku sendiri merasa keperitan itu, tanpa khabar dan berita yang kami terima..




Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendong ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah s.a.w menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”



Ada pula yang cuba campur urusan ‘ITU’ yang mungkin mereka tidak tahu pucuk pangkal hanya cuba untuk menjatuhkan dan menindas ibu dan bapa yang malang itu.. Melemparkan pelbagai andaian dan menilai dari pelbagai sudut negative dengan penuh sinis… Sangat sinonim dalam masyarakat melayu sikap seperti itu…Ya, memang kita harus akui…. Kan ?? Yang diharapkan keperitan yang ditangung diringankan, didoakan sesama saudara sedarah sedaging, tapi……. Aku cuba nak mengeluh tapi mengeluh itu sikap orang yang kalah..kalah dengan dugaan yang Allah beri…. Masyaallah…. Apa lah dugaan ini…


 
Kadang-kadang cuba merawat hatiku sendiri dan hati orang tuaku dengan pelbagai andaian positif..Cuba memberi pelbagai kata-kata palsu yang walaupun itu tidak benar, ya mmg aku tipu tapi cukup untuk buat mereka tersenyum..Hanya setiap dalam doaku

 “Ya Allah andai kami dipihak yang benar , Ya Allah sedarkan mereka yang tidak pernah memikirkan rasa keperitan ibu dan bapaku ini untuk punyai secebis rasa simpati, secebis rasa ingin membantu.. “Ya Allah ku mohon padamu… Akak, Abang walau dalam apa jua keadaan Akak dan abang walau kami sangat kecewa dengan apa yang telah Akak dan Abang sedang lakukan tapi kami sangat rindu, sangat rindu memeluk 3 tubuh anak kecil itu…Pulanglah Akak dan Abang, mak dan ayah rindu sangat pada cucu mereka…Adik sedih sangat bila tengok kedaan Mak dan Ayah….Walau tanpa kepulangan Akak dan Abang  cukup, cukuplah kami terima sepucuk surat, yang mampu buat Mak dan Ayah tersenyum, yang mampu menjadi pengubat rindu dan luka dihati mereka….Ya Allah, ku mohon padamu selamatkanlah mereka, sejahterakanlah hidup mereka dibumi SABAH…AMIN….



Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikmu semasa kecil.” 

Comments

Popular Posts