SI TUDUNG CHIPSMORE



Firstly saya nak mintak maaf la yer kalau kata-kata saya buat sesetengah pihak kuarang senang.Kelemahan adalah dari pihak diri saya sendiri..Ramai yang mempersoalkan saya ni kejap pakai tudung kejap xpakai tudung… sory la ye saya hanya insan biasa yang hadir menumpang seketika untuk mencari bekalan di akhirat nanti…

Sebenarnya saya cuma seorang anak gadis biasa yang setiasa mempunyai kehendak seperti remaja yang lain..Saya sesangat la SALUTE pada muslimah sejati si cantik seperti blogger Fatin Liyana ataupon  Irine Nadia Marcello…Pastu saya sangat suka tengok artis-artis yang bertundung mcm Heliza, Irma Hashie, Diana Amir…Ramai lagiiii…….Comey sesangat dan pakaian diorang pon sopan gitu….SALUTE sbb diorang pandai menjaga aurat diorang dengan sepenuhnya





Namun saya sesangat la fanatic dengan fesyen yang xsesuai dgn gaya bertudung.Pantang tengok dress ke ledging ke yang AWESOME mesti nak beli nak try…Ckp je nak “WINDOW SHOPPING” konon tapi beli sampai xckup jari nak sangkut plastic..Sampai ada yang gelar saya “SHOPAHOLIC”...hurmmmm….Kata mak “Selagi masih remaja pakai la,mak xpernah halang tapi ingat batas-batas- kita sebagai seorang Islam”…Tapi ayah pula mmg sangat xsuka dgn pemakaian saya….Hehehee…. tapi saya seorang budak yang DEGIL  bukannya mak dan ayah saya xbagi didikan yang sempurna..Mereka mengajar saya secukup-cukupnya tapi semua yang saya lakukan atas kehendak dan rasa keinginan diri saya sendiri oke!!


KENAPA PAKAI TUDUNG MASA KERJA ??


Sekarang saya berkhidmat dalam sektor Kerajaan.Salah seorang penjawat awam di Hospital Pulau Pinang…Servis saya untuk masyarakat..Saya memilih untuk bertudung sebab rasa lebih kemas dan selesa sebenarnya dari prespektif masyarakat Melayu, dan juga selesa semasa melakukan tugasan semasa bekerja..Kalau x bagun pagi nak kena blow rambut la nak kena ikat-ikat omey la pastu bila kerja banyak mesti rambut saya ni dah mcm baru bgun tido la plak.So saya memilih untuk bertundung semasa bekerja

BILA LAGI MASA YANG NAK BERTUDUNG SELAIN WAKTU BEKERJA ??


Saya merupakan seorang anak gadis kampung je..Of coz la kalau pergi kenduri kat kampung saya selesa bertudung sbbnya manis dipandang sedara mara yang berusia…Pastu mengikut situasi dan keadaan.Xkan la kita nak main redah je kan…Bak kata pepatah “masuk kandang harimau mengaummmm masuk kandang kambing mengembeekkk”..kan ???


BERTUDUNG OR X YANG LEBIH DEKAT DIHATI ??


Buat masa sekarang kalau just nak pergi shopping mall tu saya selesa xbertudung…Tapi En Tunang skg ni pon dah kasi HINT mcm nak suruh bertudung ^_^…Tapi byk sangat fesyen baju saya yang kureng sesuai bila pakai bersama tudung…Ramai sesangat yang puji bila saya bertudung.Ramai yang bagi nasihat..Tapi prinsip saya kalau nak bertudung bukan atas dasar paksa, dasar fesyen..Betul-betul buat cara nak tutup aurat..Ni pakai tudung tapi baju tangan pendek..Dosa tu x de half price, diskaun-diskaun oke…Soo insyallh sentiasa mendoakan satu hati nanti betul-betul menjadi muslimah yang sejati seperti Heliza ke yang comeyyy giler tu…!! Dan selama ni pon bila saya pakai tudung pon xpenah timbul rasa terpaksa, rasa susah sebab bila saya bertudung adalah kerna kerelaan saya..Dan sentiasa saya mendoakan kerelaan ini xkan pernah hilang dan akan satu hari nanti saya adalah salah seorang daripada kalangan mereka…MUSLIMAH YANG SEJATI…Insyllah..
  
PERLUKAH SAYA BUAT ENTRY TENTANG INI ?

Perlu sebab just nak meluahkan jer apa yang terpendam....Nama pon blog saya kan....Panjang menjela la luahan saya ni sedangkan saya bole je jawap kalau orang nyibuk tanya tentang ni.. "Punya pasal aku ler, suka ati aku ler, xde kaitan ngn engko dan xkacau life engko pon kan..Tapi xbole la cakap gitu sbb mcm orang selalu kata "KUBUR MASING-MASING" tapi bak kata UstazAzharIdrus"Kalau nanti mu mati mu mandi mayat mu sendiri, mu kapan sendiri mu tanam sendiri xpo lorh mu nak kate gitu" ^_^
 
p/s : Aku Bukanlah Insan yang sempurna, tidak sesempurna malaikat yang tidak melakukan kesalahan, tidak sehebat Rasulullah yang sangat tabah dalam segala dugaan dan cubaan yang dihadapinya,tidak seagung cinta Siti Khadijah yang cintanya sangat agung kepada Allah dan Rasullulah, tidak sehebat jiwa Siti Fatimah yang akur dalam setiap perintah.... ^_^



Comments

Popular Posts