PAVLOVA NYUM-NYUM...
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1/2 cawan gula (Allyna blend) - resepi asal guna 1 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
250ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila
Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
4 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur
1 biji buah markisa (kalau ada)
Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sia guna stand mixer jak, senang ;)
2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk. Refer gambar di bawah contoh-contoh adunan telah bertanduk.
Bila mencapai meringue, adunan tidak akan tertumpah kalau terbalikkan mangkuk.
3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.
4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.
6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (Allyna gunakan acuan kek 8 inci) Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….
7. Bakar adunan selama 1 jam.
8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1-2 jam.
Cara-cara buat whipping cream:
1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.
2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Senang cerita, sebaik-baiknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…
Allyna cakap awal-awal ya, membuat pavlova ni mudah sebenarnya,
TAPI!
Hah! Besar tapinya tu…. Jangan sekali-kali cuba menderhaka sebarangan resepi asalnya ya…
Ini adalah antara pantang larangnya (copy dpd website di atas):
1. Pastikan langsung tiada kuning telur yang termasuk dalam putih telur yang ingin digunakan.
2. Telur mesti dalam suhu bilik.
3. Peralatan digunakan kering dari sebarang kesan air atau minyak.
Untuk pantang larang tambahan (ni base on eksperimen Allyna yang tidak menjadi.. huhuhu):
1. Jangan sekali-kali suka-suka hati tukar gula tu daripada gula biasa ke gula perang (brown sugar). Kalau tukar jugak, nah! Ambik kau hasilnya akan jadi seperti di bawah. Pavlova tidak akan keras, sebaliknya akan jadi spongy dan kecutttttttttt…..
2. Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan untuk bakar pavlova.
Kan huduh rupanya tuuuu.... tiba-tiba dangggg! Puppp terjatuh sepelepup adunan tu!
Ni gambar pavlova bakar guna brown sugar + guna acuan pulak tu... Terbaik!!!!! Memang huduh!
3. Jangan kurangkan lagi sukatan gula daripada yang Allyna guna di atas. Kalau tidak, pavlova akan tidak mengeras dengan cantik. Paling bagus cantik kerasnya kalau guna 1 cawan gula lah.. Tapi, serius manis gilak! Jadi, pada yang kurang suka manis-manis, guna sukatan di atas pada Allyna sudah ok.
Ni gambar pavlova yang menjadi. Bakar guna gula biasa dan tidak menggunakan acuan. Bentuk free hand.
Dan ini adalah end product nya........
“Huuuuuuuu!!!!!!!!!!! Ni
semua aku punya! Aku tidak mahu kongsi plssss!!!!!!!!!!! Serius sedap gilak
ok!!!!!!!!!!!”
Comments
Post a Comment